Sunday, October 25, 2009

Bila panggung tiada cerita enak, anda ke mana?

Hari ini, hari minggu secara spesifiknya hari ahad.

aku hanya nongkrong di rumah.

tiba-tiba cikeding telepon.



"apa projek? Tengok wayang jom". Katanya

"Kejap bagi aku 5 minit, untuk fikir". Aku Jawab



aku bergegas mandi, dan sampai tepat jam 3.15pm di rumahnya.

rupanya tidak siap lagi.


Bergerak sekitar Jusco, Sampai di panggung....

"takde cerita menarik pun?". Kata cikeding.

aku sambil mengangguk. "Ya betul, Jom Kita Blah!"



akhirnya kami lepak di kedai Mamak, Tgk 'Sweet Home Alabama'

di Astro. Kira ok la tu...Kira tengok movie gak.

Cinta satu hari

Cinta adalah penghiburku..
bagai air anggur yang ku minum..
mereka tidak terpilih oleh cinta
tidak akan terasa, bila cinta memanggil.
dan aku sedang merasakannya..

ketika awal pagi,
mengugah aku dari tidur yang panjang,
dan berjumpa aku ke hari indah..

Bila terbit matahari,
membawa aku..
ke taman-taman bunga..
yang sentiasa tumbuh mekar tanpa bantuan musim.
di mana tempatnya sungai..
yang talinya tidak putus-putus dan jernih sekali airnya..
menemani aku hingga saatnya..
untuk mendengar nyanyian..
ucapan selamat tinggal alam semesta kepada hari siang..

Di malam Hari,
cinta akan memelukku..
Lalu, aku akan tidur..

hello

hello hello...

beberapa minggu ni agak sibuk sikit maklumlah,
kena beriadah...

lagipun, hari-hari internet buat aku naik bosan..
dengan tidak semena-mena keadaan sekeliling , manusia-manusia semua membuatkan aku rasa jelek..
lagi-lagi diri aku sendiri yang bertambah-tambah manis dengan bertambah hensem perut ni.

mungkin juga rutin harian penyebab.

kata seorang individu, "Jalan la sikit, muda-muda dah gemuk".

Sesungguhnya aku tidak terguris dengan perkataan itu

Jadi aku ucapkan, "Terima Kasih"

Tuesday, October 20, 2009

El Niño

El Niño Southern oscillation (ENSO) adalah atmosfera skala global-fenomena laut yang mempunyai kesan pada iklim global termasuk daerah kita. Intens selama ENSO (misalnya pada tahun 1997), daerah kita akan mengalami keadaan cuaca lebih kering. Berdasarkan data terbaru dan suhu permukaan laut (SST) di tengah kawasan Lautan Pasifik serta peredaran atmosfera dan pola curah hujan, hal itu menunjukkan bahawa yang lemah sampai sedang kondisi El Niño telah dibangunkan di kawasan Lautan Pasifik tropika. The SST data daripada daerah rujukan digunakan sebagai garis panduan pembangunan El Niño menunjukkan bahawa anomali SST adalah antara 1,0 ° C dan 1,2 ° C, yang merupakan pola pemanasan El Niño

Sumber: http://www.kjc.gov.my/people2/cfo/monsun.pdf





Rasa panas malam ni, aku tengok pokok-pokok di sekitar rumah langsung tidak bergoyang. Takda angin. Panas. Aku pulak yang berangin. El Nino ke? Mungkin.

Monday, October 19, 2009

ku gendong

Aku melihat gadis itu lelah,
terbaring di tepi sisi pantai,
pasir itu sebagai alas,

lalu aku hampirinya dan bertanyakan,
"Dari mana kamu datang, mana tujuan kamu?"
Bibirnya bergerak,
"Aku terhanyut, Aku bingung, dan Tiada Tujuan".
Nadanya, lemah sekali.

lalu ku gendong gadis itu
ku bawa ke teratak kecil berhampiran
dan berkata, "kamu tinggal di sini, saya pastikan kamu selamat"

Sunday, October 18, 2009

Happy Deepavali




Happy Deepavali to all hindu around the world!

i got 1 equation for today:-



1. Eid Fitri- peoples are playing fireworks
2. Chinese New Year- peoples are playing fireworks
3. Deepavali-peoples are playing fireworks

Conclusion:

One Malaysia

Saturday, October 17, 2009

Nasi Minyak




Apa yang anda akan jawab bila di tanya:

"Bila nak makan nasi minyak awak?"

aku akan jawab;

"Mintak maaf makcik, saya tidak pandai masak nasi minyak"
.

Friday, October 16, 2009

Bekerja sendirian

bosan bila bekerja di tempat yang luas, ada beberapa buah jentera. Tapi aku sorang sahaja di situ.

Tuesday, October 13, 2009

Demam

a. Sakit Tekak
b. Badan Panas
c. Selsema
d. Tak Selesa


harap2 esok baiklah...

Sunday, October 11, 2009

NAIF di Singapur


Semuanya terjadi bermula jam 5.30 petang, aku bersama man gerak dari rumah bukit indah. Dengan berbekal map yang man dowload dan juga GPS. Kami redah untuk ke sana. Masuk melalui higway secondlink.

Bukit Indah
*Topup Touch N Go.
*Man Belum isi white card
*Kena tahan dengan polis trafik. Aku terobos lampu merah.


Higway Secondlink Tuas
*Heavy Trafic
*GPS takda signal.
*Terlepas exit. Lalu ERP sampai Serangoon.
*Jumpa Petrol Station. Berhenti. Cuba tanya orang. Orang kat situ pun tak familiar.

YMCA, Orchard.
*Pusing-pusing tak jumpa.
*GPS akhirnya ada signal.
*Cari Parking susah. Pusing2 di area Orchard hampir 1 jam.
*Akhirnya Park di YMCA. S$3.

The Show



"NAIF"


*Beberapa band local singapore turut perform.
*Belum Lewat lagi tgk NAIF.
*Jalan Kaki Ke 7E. Beli air 1 can Tall. "Baron"
*Lepak kat area YMCA.
*aku dapat jawab soalan kuiz. dapat merchandise NAIF.
*di mulakan dengan Lagu "Dia adalah pusaka sejuta umat manusia"
*Tak pack sangat tapi yang hadir pastinya yang fans NAIF
*di akhiri dengan Lagu "Mobil Balap"
*Sangat Mengkagumkan. Tampak ELVIS, David pd mlm itu.


On The Way To JB
*Ada roadblock sekitar Nicole Highway
*Kena tahan sebentar oleh Polis Singapore .
*Lepak makan di HABIB, Bukit Indah.
*Berasa sangat puas
*Tido


****Well walau apa pun...yang penting dapat tgk NAIF secara LIVE. Walaupun perjalanan yang hampir 3 Jam.

Monday, October 5, 2009

Montag


Heute fühle ich mich müde, im Sitzen Mittagessen am Arbeitsplatz

"Zigarette?". fragte einer Aufsicht

"ja, Sehr!". Ich antwortete

"Wow, das Original?.


er mir 1 Packung Zigaretten-und Originelles

danke

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator