Showing posts with label Curhat. Show all posts
Showing posts with label Curhat. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Tuhan, Jalan dan Cinta

Di dalam cahaya-Mu aku belajar mencintai. Di dalam keindahan-Mu aku belajar menulis puisi. Kau senantiasa menari di dalam hatiku, meski tak seorang pun melihat-Mu 

Hari ini, seperti hari lainnya, kita terjaga dengan perasaan hampa dan ketakutan. Namun, janganlah
tergesa melarikan diri dari kenyataan pahit ini..berdoalah. 

Segalanya yang kau lihat mempunyai akarnya di dalam dunia yang tak terlihat. Bentuk akan berubah, namun intisarinya tetaplah sama.
Ketika sedih, aku bersinar bagaikan bintang pagi. Ketika patah hati, hakikatku justru tersingkap
sendiri..
Yakinlah, di Jalan-Cinta itu: Tuhan akan selalu bersama-Mu..

mkj,
bintulu, 1125hrs, 20 April 2014. 

Monday, June 18, 2012

Syukur

"Bang! Bang! Bang!

Aku terdengar bunyi beberapa das tembakan di sebuah gedung pakaian. Kelihatan, persekitaran sangat panik, Orang ramai bertempiaran lari ketakutan.

Aku merangkak sambil memandang kiri dan kanan menuju ke seberang . Kemudian, terus mencari jalan untuk keluar dari kawasan itu.

Nafas aku berdengus laju, seakan  motor berkuasa tinggi yang sedang memecut sambil tangan mengusap peluh di dahi.

Syukurlah, Aku masih hidup lagi.

Saturday, May 12, 2012

Apa lagi yang saya inginkan?

Apa lagi yang saya inginkan, 
melainkan makan ketika saya lapar, 
atau tempat tidur ketika saya lelah, 
atau bunga Ros ketika saya sedih? 


Apa lagi yang saya inginkan, 
melainkan segelas air ketika saya haus, atau muzik ketika saya kesepian?


 ketika saya mengatakan bahwa dunia sedang dilanda ribut, 
saya pasti jutaan yang sedang hidup menderita.

Monday, February 13, 2012

Diari Seorang Abah #2

Kayuhan Mini


Sedang aku khayal membidik-bidik telefon bimbit sambil terbaring di sofa.

"Tet! Tet! Tet!. Kedengaran bunyi motosikal yamaha sport 110 lalu berhampiran rumah.

Abah terjaga dari tidurnya, terus sahaja bangkit dari katil yang bewarna merah terletak berhampiran peti telivisyen rumah kami. Ditariknya kayuhan mini dari bawah katil

"Drut! Tret! drut! Kayuhan mini menjerit tanda abah sedah memijaknya dan mula membuat kayuhan.

Semakin laju kayuhan yang dibuat, semahu itulah abah ingin benar-benar sembuh dari derita sakitnya.

Sesudah beberapa minit melakukan aktiviti kayuhan. Abah berhenti dan memasukan kembali kayuhan mini dibawah katilnya.

Kayuhan mini itulah yang menjadi teman setia abah sejak dia jatuh sakit.

Mulut Abah tidak putus-putus berzikir, bertasbih dan berdoa kepada tuhan pengatur sekalian alam.

"Ya Allah! yang maha kuasa, sembuhkan aku dari sakit angin ahmar, supaya aku dapat bergerak seperti biasa". Abah merintih.

Semoga dengan berkat kuasa yang Maha Kasih Abah cepat sembuh

Thursday, March 10, 2011

Kadang-kadang perlu tulis bila masa lapang


*Sebenarnya bukan aku punya kertas. Aku tumpang conteng bersama seorang rakan punya nota yang sedang asyik mengulangkaji pelajaraan semasa mesyuarat

*Klik untuk memperbesarkan.

Wednesday, March 9, 2011

Diari Seorang Abah #1

Sakit

Hari ini lebih daripada 100 hari abah terlantar di katil akibat Strok. Keadaan Abah masih lemah tidak berdaya. Daripada Wajahnya dapat dilihat senantiasa mengharapkan dia segera pulih. Mulutnya tidak habis berkumat kamit memanjatkan doa dan bertasbih kepada yang Maha Kuasa.

"Ya Allah, apa dosa aku ya Allah, Kau masih tidak izinkan aku sembuh dari penyakit ini, percepatkanlah sembuh supaya aku dapat lagi membaca, mengaji, ke masjid dan melakukan perintahMu". Abah merintih saat aku berada di kamar sebelah.

Aku keluar terus duduk di sebelah katil Abah.

"Macam gini la Jan, Abah kau sudah lumpuh, tidak boleh buat apa-apa, tidak boleh bekerja, tidak boleh potong buah kelapa sawit, tidak boleh tanam Pokok Pisang. Tiada siapa kat rumah ini, cuma ada Mak kau, Kesian Mak kau, selalu Abah kena jerit-jerit untuk mintak tolong, ambil air sembahyang, buang air kecik". kata abah.

"Kalau dah terbaring macam gini, nak buat apa pon tak boleh, kalau pisang setandan itu, kalau yang besar bolehla dapat dua puluh ringgit satu tandan, susah, kita bukan orang ada-ada".

Ya, abah aku memang seorang yang gagah sebelum dia jatuh sakit. Sehingga usia dia yang sudah 80an itu masih kuat membuat kerja-kerja kampung, membuat rumah, tanam pokok-pokok. Bila lihat di luar kawasan rumah aku itu aku tersenyum melihat tanaman yang ada di sekitar rumah. Semuanya itu hasil usaha abah.

"Mujur Abg Ishak kau cepat-cepat hantar abah ke hospital masa abah pengsan".

Sambil mengangkat tangan yang masih lemah, abah berkata;
"kata orang kalau lambat nanti kalau kat leher, kena potong leher, kan takut". Tambah abah dengan nada yang serius.

Aku terdengar suara azan dari masjid berdekatan dengan rumah.

"Sabar Abah ya"

"Mari bah, Izan ambilkan Wudhu', sudah masuk Asar". Kata aku.

"Iyalah". Sambut abah dan akur dengan keadaannya.

Friday, October 1, 2010

kemajuan diri atau tubuh anda?

Satu pagi sedang aku berjalan di salah satu tapak bina aku disapa oleh pekerja binaan.

"Boss, sekarang ni nampak gemuk la".

"Ye ke?"Jawab aku.

Dia merenung aku seraya berkata."Liat tuch perutnya, banyak maju sekarang boss"

Aku tersenyum sambil melihat perut aku, aku pandang dia, lalu aku terus berjalan.

Friday, September 10, 2010

selamat menyambut aidilfitri

Selamat menyambut aidilfitri kepada muslim dan muslimat seluruh alam khasnya. Semoga berbahagia dan dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama saudara.Seharusnya hari ini lebih dikenang sebagai hari manusia itu kembali kepada fitrah iaitu keadaan yang aman jauh daripada persengketaan, pemerintahan yang adil, bertoleransi dan tidak merujuk kepada kepentingan individu bukan hanya sebagai hari yang disambut dengan pelbagai juadah yang bermacam-macam,pakaian baru dan sebagainya.Jauhilah daripada sifat perkauman, prejudis dan jumud. Penghayatan syawal itu lebih utama. Salam aidilfitri, maaf lahir batin. Mkj

Wednesday, September 1, 2010

untuk alam raya




"raihlah hari-hari yang mendatang itu dengan indah, seperti alam tersenyum melihat kita berjalan". MKJ

Sunday, August 29, 2010

Hari Baru!



New age, new slang and happy birthday! Dont drink and drive u'll spill! Cheers! Thanks to jane, man and others for your time.

To all birthday wishes, thank you very much bro and sis! im getting old now :)

Thursday, May 27, 2010

Bulan & Bintang

Jika aku rangkul bulan lalu aku letakkan di telapak tangan kiri mu..
dan aku kutip sebuah bintang lalu aku letakkan di telapak tangan kanan mu..
Pastikah kau tetap di sini?

Thursday, April 22, 2010

Hey..Hey..I got something to share..its about detoxin



Ive just try this new product, Kinotakara. See above is my foot after i removed the Kino and its very oily on the area.

Kinotakara is best placed under one's soles. Both the western and eastern studies view the sole as an area that reflects the wellness of the body and often treat it as our "second heart."

This is why many of us like to get a foot massage. It eases the nerves, enhances blood circulation and consequently promotes better health. The problem with foot massages... is that they require someone to massage your feet and the time to do it... which is not always convenient.

Now, with Kinotakara placed under your sole, the packets help awaken your body, mind and spirit to a healthier, happier and more energized you.

Try Yourself today!

Tuesday, April 13, 2010

fisiodrama

Sebenarnya, tidak begitu teruk kecederaan kat kaki aku. Tetapi kesakitan itu masih terasa. Minggu Lepas sepatutnya datang untuk buat fisio. Aku rasa malas sebab ada beberapa tugasan yang belum selesai selain daripada temunjanji-temujanji dengan klien. Oleh desakan daripada pihak tertentu aku terus sahaja pergi ke jabatan fisio di salah sebuah Hospital di JB. Bila Samapai sahaja di Kaunter.

"Encik, Appointment Jam 11.00, Encik sudah lewat 30 minit". Juru Kaunter.

terasa darah yang mengalir di saluran darah tubuh aku terasa menggelegak.

"So, nak buat macamana ni?". Kata aku

"Ok, Kita setkan hari lain, Jam 9.00". Juru Kaunter

Jadi aku terus pulang ke pejabat.

****

Hari ini, aku datang Jam 9.00pagi. Bila aku tengok sekeliling semua ramai makcik-makcik, warga tua yang berkunjung ke sini. Tidak Lupa juga kelihatan ada beberapa orang trainee yang ayu-ayu belaka.

Aku di beri latihan kayuhan Basikal. dalam hati aku mula berfikir.

Lepas ni kena lebih rajin mengayuh ni.

Sedang aku layan main basikal tu, nama aku dipanggil.

Kelihatan seorang gadis trainee mula mendekati aku dan bertanya;

"Boleh saya buat fisio untuk Encik?"

"Ok, Boleh"

Aku tengok Jam sudah menunjukkan jam 10.30pagi. Patutnya kena cabut awal dah ni ada hal lain. Tapi tidak mengapa, aku cuba menanamkan hasrat yang baik. Lagipun budak trainee ni wajah suci sahaja aku tengok.

Budak tu sebenarnya ada exam, Jadi aku macam model praktikal dia la. Gaya dia sangat bersungguh-sungguh. Sebab ada examiner tengah tengok. Jadi, bila aku perhati budak ni bagus.

Kurang Lebih 1 jam
Bila dah selesai je, aku bisik kat dia

"Amacam ok tak? Lulus?"

dia pandang kiri dan kanan cari examiner tu sambil berkata;
"Saya tidak tahu, Insyallah".

"Terima Kasih ya bantu saya".Katanya lagi

"It's Ok, Tidak Mengapa, Saya layankan Tadi". Aku jawab

Monday, April 12, 2010

Bagi Perokok

Cuba Formula ni:


Jumlah Tahun Hisap Rokok X Panjang rokok X Jumlah Batang Rokok yang telah di hisap =


Kalau disambungkan kesemua Jumlah batang tadi Agak-agak sampai Mana Jaraknya?
Kalau aku sendiri mungkin sampai Jerman.

Saturday, April 10, 2010

Sunday, March 21, 2010

Punk Picnic : Terminal Feri Batu Pahat



Sangat terhibur, santai, credit to organizer. Walaupun terpaksa balik awal.

kepada pakcik feri, saya tertipu! Terima kasih

Thursday, March 18, 2010

Berdiri, berjalan atau berlari?



aku tidak berlari!
mahupun hanya berdiri kaku, tetapi aku sedang berjalan menikmati setiap keindahan alam milik Tuhan.

Wednesday, March 17, 2010

Sarapan Pagi Bandar Maharani




Aku tidak pasti, sama ada tempat lain yang menyajikan sarapan seperti satay dan mee rebus di waktu pagi. Sewaktu aku "outstation" ke Muar. Singgah sebentar di sebuah kedai dan menikmati hidangan tersebut di kawasan bandar. Ternyata satay Muar sangat Rock!

Sunday, February 21, 2010

Paranormal?

Please enlarge the pictures and make a comment. What did you see?

Before


After

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator