Monday, February 13, 2012

Diari Seorang Abah #2

Kayuhan Mini


Sedang aku khayal membidik-bidik telefon bimbit sambil terbaring di sofa.

"Tet! Tet! Tet!. Kedengaran bunyi motosikal yamaha sport 110 lalu berhampiran rumah.

Abah terjaga dari tidurnya, terus sahaja bangkit dari katil yang bewarna merah terletak berhampiran peti telivisyen rumah kami. Ditariknya kayuhan mini dari bawah katil

"Drut! Tret! drut! Kayuhan mini menjerit tanda abah sedah memijaknya dan mula membuat kayuhan.

Semakin laju kayuhan yang dibuat, semahu itulah abah ingin benar-benar sembuh dari derita sakitnya.

Sesudah beberapa minit melakukan aktiviti kayuhan. Abah berhenti dan memasukan kembali kayuhan mini dibawah katilnya.

Kayuhan mini itulah yang menjadi teman setia abah sejak dia jatuh sakit.

Mulut Abah tidak putus-putus berzikir, bertasbih dan berdoa kepada tuhan pengatur sekalian alam.

"Ya Allah! yang maha kuasa, sembuhkan aku dari sakit angin ahmar, supaya aku dapat bergerak seperti biasa". Abah merintih.

Semoga dengan berkat kuasa yang Maha Kasih Abah cepat sembuh

No comments:

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator