Tuesday, April 13, 2010

fisiodrama

Sebenarnya, tidak begitu teruk kecederaan kat kaki aku. Tetapi kesakitan itu masih terasa. Minggu Lepas sepatutnya datang untuk buat fisio. Aku rasa malas sebab ada beberapa tugasan yang belum selesai selain daripada temunjanji-temujanji dengan klien. Oleh desakan daripada pihak tertentu aku terus sahaja pergi ke jabatan fisio di salah sebuah Hospital di JB. Bila Samapai sahaja di Kaunter.

"Encik, Appointment Jam 11.00, Encik sudah lewat 30 minit". Juru Kaunter.

terasa darah yang mengalir di saluran darah tubuh aku terasa menggelegak.

"So, nak buat macamana ni?". Kata aku

"Ok, Kita setkan hari lain, Jam 9.00". Juru Kaunter

Jadi aku terus pulang ke pejabat.

****

Hari ini, aku datang Jam 9.00pagi. Bila aku tengok sekeliling semua ramai makcik-makcik, warga tua yang berkunjung ke sini. Tidak Lupa juga kelihatan ada beberapa orang trainee yang ayu-ayu belaka.

Aku di beri latihan kayuhan Basikal. dalam hati aku mula berfikir.

Lepas ni kena lebih rajin mengayuh ni.

Sedang aku layan main basikal tu, nama aku dipanggil.

Kelihatan seorang gadis trainee mula mendekati aku dan bertanya;

"Boleh saya buat fisio untuk Encik?"

"Ok, Boleh"

Aku tengok Jam sudah menunjukkan jam 10.30pagi. Patutnya kena cabut awal dah ni ada hal lain. Tapi tidak mengapa, aku cuba menanamkan hasrat yang baik. Lagipun budak trainee ni wajah suci sahaja aku tengok.

Budak tu sebenarnya ada exam, Jadi aku macam model praktikal dia la. Gaya dia sangat bersungguh-sungguh. Sebab ada examiner tengah tengok. Jadi, bila aku perhati budak ni bagus.

Kurang Lebih 1 jam
Bila dah selesai je, aku bisik kat dia

"Amacam ok tak? Lulus?"

dia pandang kiri dan kanan cari examiner tu sambil berkata;
"Saya tidak tahu, Insyallah".

"Terima Kasih ya bantu saya".Katanya lagi

"It's Ok, Tidak Mengapa, Saya layankan Tadi". Aku jawab

No comments:

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator