Wednesday, March 9, 2011

Diari Seorang Abah #1

Sakit

Hari ini lebih daripada 100 hari abah terlantar di katil akibat Strok. Keadaan Abah masih lemah tidak berdaya. Daripada Wajahnya dapat dilihat senantiasa mengharapkan dia segera pulih. Mulutnya tidak habis berkumat kamit memanjatkan doa dan bertasbih kepada yang Maha Kuasa.

"Ya Allah, apa dosa aku ya Allah, Kau masih tidak izinkan aku sembuh dari penyakit ini, percepatkanlah sembuh supaya aku dapat lagi membaca, mengaji, ke masjid dan melakukan perintahMu". Abah merintih saat aku berada di kamar sebelah.

Aku keluar terus duduk di sebelah katil Abah.

"Macam gini la Jan, Abah kau sudah lumpuh, tidak boleh buat apa-apa, tidak boleh bekerja, tidak boleh potong buah kelapa sawit, tidak boleh tanam Pokok Pisang. Tiada siapa kat rumah ini, cuma ada Mak kau, Kesian Mak kau, selalu Abah kena jerit-jerit untuk mintak tolong, ambil air sembahyang, buang air kecik". kata abah.

"Kalau dah terbaring macam gini, nak buat apa pon tak boleh, kalau pisang setandan itu, kalau yang besar bolehla dapat dua puluh ringgit satu tandan, susah, kita bukan orang ada-ada".

Ya, abah aku memang seorang yang gagah sebelum dia jatuh sakit. Sehingga usia dia yang sudah 80an itu masih kuat membuat kerja-kerja kampung, membuat rumah, tanam pokok-pokok. Bila lihat di luar kawasan rumah aku itu aku tersenyum melihat tanaman yang ada di sekitar rumah. Semuanya itu hasil usaha abah.

"Mujur Abg Ishak kau cepat-cepat hantar abah ke hospital masa abah pengsan".

Sambil mengangkat tangan yang masih lemah, abah berkata;
"kata orang kalau lambat nanti kalau kat leher, kena potong leher, kan takut". Tambah abah dengan nada yang serius.

Aku terdengar suara azan dari masjid berdekatan dengan rumah.

"Sabar Abah ya"

"Mari bah, Izan ambilkan Wudhu', sudah masuk Asar". Kata aku.

"Iyalah". Sambut abah dan akur dengan keadaannya.

3 comments:

ciK LyndaWawa igUana said...

ko de masalah ke azizan?banyk2 bersabar ye..semoga abah ko cpat sembuh...

emceejalanan said...

keep on writing the updates and lemme know yeah? be strong. lagi banyak ujian Tuhan bagi pada kita, lagi banyak sayang Tuhan pada kita. :)

...terowong gelap... said...

sabar ye sayang.... byk berdoa insya'allah semua akan baik mcm dulu...

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator