Friday, July 9, 2010

Kayuh lagi...Ayuh!

Mulakan dengan daya kilasan dan putaran,
seiring putaran bumi pada paksi galaksi,
bukan basa basi hidup kian tergubah,
seindah mawar di kebun bunga,
kelak layu juga mengikut musim.

Ayuh Kayuh!
Kayuhlah berlagu datar, condong, turun dan naik
Lumrah pasak bumi pelbagai bentuk,
aku ikuti susur galur yang di hadapan.
Terus ke hadapan.
Menoleh itu sakit, Benar.

Oh Indah sekali alam Tuhan Anugerahkan,
Tetapi terkadang tidak indah kehidupan.
dan tidak selalunya diharapkan.
Bukan mengharap, tetapi itulah mahunya setiap penduduk alam.

Ayuh Kayuh!
Kayuhlah berlagu datar, condong, turun dan naik
Lumrah pasak bumi pelbagai bentuk,
aku ikuti susur galur yang di hadapan.
Terus ke hadapan.
Menoleh itu sakit, Benar.


MKJ

No comments:

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator