Tuesday, July 7, 2009

Sistem Langit dan Bumi itu adalah Aman!

apa itu sistem? Sistem itu sinonim dengan sesuatu yang terancang dan tersusun. Jika kita lihat dengan mata kasar kita. hidup di bumi ini penuh dengan sistem. Sangat unik sekali dan coba kita lihat sendiri diri kita boleh melihat, mendengar dan membuat segala aktiviti dengan sistem kawalan di otak. Sangat hebat kan? Sudah tentu.
Bila kita perhatikan, bumi juga mempunyai sistem dan berputar pada paksinya. Bagaimana jika bumi itu tidak lagi bisa berputar dan tidak mahu lagi akur dan mengikuti sistemnya? Sudah tentulah hari ini kita tidak tentu menikmati hari siang mahupun malam.
Perhatikan pula, langit. Aslinya langit ini senantiasa berada di atas, turunkan hujan dan membasahi tanam-tanaman di ladang sehingga subur dan menghasilkan sesuatu yang berkhasiat untuk dijamah oleh sesama kita.
Hari ini, ada dikalangan manusia yang tidak mengikut resmi langit dan bumi. Jadi, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada sahaja berita pertumpahan darah dicorong-corong radio, telivisyen dan juga akhbar. Bukan itu sahaja, permasalahan seperti korupsi, kecurian, rogol dan sebagai menjadi sebut-sebutan hingga ke hari ini.
Sesebuah kerajaan juga boleh diibaratkan sebagai langit dan bumi itu adalah rakyatnya. Jadi kedua-dua ini adalah sepatutnya saling berbagi. Tetapi mengikut perhatianku, Langit itu tidak sebagusnya berfungsi dengan sebaiknya dan hari ini bumi itu menjadi tidak subur. Sudah tentunya, hari ini bumi sudah tidak aman lagi.

No comments:

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator