Wednesday, August 12, 2009

Selamat Jalan Fezliee!

jam 5.45 aku mula buka telefon bimbit yang baru aku cas itu. Ternyata banyak miscall dan voicemail yang aku terima. aku perhati nombor-nombornya. Jelas sekali banyak emak aku yang berada di kampung cuba menghubungi. Kemudian aku terus menelefon abang aku yang juga terdapat pada senarai panggilan yang tak terjawab;

"Hello! Apa cerita?". aku tanya

"Kau tau tak along dah meninggal?". Jawab abang aku

"Along Mana?". Sahut aku lagi

"Along Abang Aman lah, Apis(Fezzlie)". Dia menjawab

"inalilah, bila? Kenapa?"

"H1N1". Balasnya

Aku hentikan perbualan dan terus menhubungi emak

"assalamualaikum, dah tau cerita". Kata Emak

"dah, ingat nak balik". kata aku

"Tak perlu balik, bawak kereta laju, bertenang Penyakit tu berbahaya, Mak takut, sedekahkan aja Alfatihah"

aku pun terdiam, mengenangkan si fezliee yang bukan sahaja anak buah aku, tetapi juga teman permainan aku semasa kecil. aku rasa sedih bila tak dapat tengok orang yang sangat rapat dengan aku suatu masa dahulu pergi dalam masa 24jam akibat H1N1. Semoga jadi tauladan. utamakan kesihatan dan keselamtan diri, rasa kurang sihat perlu cepat jumpa dokter yang berhampiran.

Alfatihah buat almarhum

2 comments:

ciK LyndaWawa said...

kesiannye..tabahkan hatimu wahai sahabatku....

M Kugiran Jiwa said...

its okay... thanks... moga jadi iktibar

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator