Sunday, September 27, 2009

Pasola di Aidilfitri

Anak muda kampung, sekali balik kampung tu kenala campur orang kampung. Walaupun keinginan hendak beraya itu hanya "percent" nya sedikit. Bingit telinga kerana dikalangan anak-anak muda kampung memandu motosikal berkuasa rendah dengan exzos berbunyi nyaring apabila sampai disetiap kunjungan rumah. Mereka membuat kesimpulan bahawa ianya sangat "cool". Tetapi terpulanglah kepada mereka.

Kunjung mengunjung ke rumah adalah kebiasaan apabila sambutan hari raya. Tetapi aktiviti itu tercemar dengan deruman bunyi-bunyi motor. Aku perasan juga ada yang memakai "ear muff". Bagus-bagus, "safety first". Mungkin mamat tu "aware" bahawa bunyi-bunyi itu melebihi 20dB.


Hari raya sekarang diibaratkan sebagai satu acara Tradisional minta maaf, makan kueh. Kadang-kadang terfikir juga apasal kena minta maaf? Tetiba-tiba je? Kadang-kadang tak pernah jumpa pun tuan rumah tu. Kalau dilihat kembali ke sejarah zaman Muhammad dahulu aidilfitri adalah satu sambutan menyambut kemenangan islam di perang Badar, Tabuk dan apa kaitannya?

Yang paling penting, Hari raya menguatkan silaturrahim.

"argh! sudahlah... aku tetap berasa cool menunggang Moto Pasola"

No comments:

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator