Friday, October 19, 2012

Keluarga remaja mati ditembak polis saman PDRM dan kerajaan Malaysia




Johor Bahru: Keluarga remaja yang mati ditembak polis memfailkan tuntutan saman dengan menamakan PDRM, kerajaan Malaysia, 5 Anggota Polis, Ketua Polis Negara sebagai defendan selepas mendapati tidak mendapai keadilan sewajarnya hampir tiga tahun.

Saman telah difailkan di Makhamah Tinggi Sivil Menara MSC Cyberport Johor Bahru. Dalam fail saman yang dibuat ada menyebutkan beberapa tuntutan termasuk ganti khas, teruk/tauladan faedah dan kos.

Sapiah, 54 ibu si mati dalam tuntutannya menuduh pihak polis telah melanggar garis panduan Polis(SOP) apabila menembak mati anaknya, Mohd Affam bin Arif dalam kejadian 20 Oktober 2009 lalu.

Dalam Kejadian Tembakan, Affam menunggang Motorsikal bersama rakannya menuju ke Taman Daya cuba ditahan orang yang berpakaian preman mendakwa mereka Polis.

Mohd Affam gagal ditahan dan memecut motorsikal dan akhirnya mati akibat terkena 3 das tembakan oleh pihak Polis.

"sampai sekarang takda jawapan dari pihak polis"

"langsung takda."

"dia tuduh anak saya macam tu kan, saya tidak boleh terima."

"Tuduhannya Peragut, Pencuri,Perompak dan Penjenayah yang dikehendaki.

"Dia kata seperti yang dituduh tadi, saya buat andaianlah besar kemungkinan anak saya sampai di bank tu, perompak sampai, anak saya sampai, anak saya diugut suruh laju, jadi polis kejar dia.Kata Sapiah

Apabila ditanyakan harapan beliau berkenaan dengan tuntutan yang dibuat.

“saya mintak keadilan sebenar-benarnyalah dengan jujur dan ikhlas dari pihak atasan saya nak bersihkan nama saya dan anak saya juga." Kata Puan Safiah.

Menurut Haijan Omar, Peguam Lawyers For Liberty (LFL) yang menemani Puan Sapiah, Pihak Peguam juga telah menghantar surat kepada pihak Polis untuk mendapatkan jawapan untuk kes ini tetapi gagal kerana Polis menyatakan masih lagi dalam siasatan mereka.


No comments:

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator