Friday, November 30, 2012

Majlis Pencak Silat Sempena Awal Muharram 1434 Hijrah



Majlis Pencak Silat Sempena Awal Muharram 1434 Hijrah berlangsung di Padang Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Silat Seni Sendeng Panji Johor ini merupakan sambutan Awal Muharram dengan mempersembahkan pencak silat diantara Persatuan silat seluruh Malaysia.

Sambutan Hol Muharram adalah gelaran lain untuk majlis ini.

Berasal dari Semerah Batu Pahat dan diadakan setiap tahun pada tanggal 10 Muharram kalendar Hijrah dan diasakan oleh Allahyarham Radin Haji Ismail di Sarang Buaya, Batu Pahat. Selepas ketiadaan Almarhum, Majlis ini diadakan secara giliran di antara Persatuan silat seluruh Malaysia di bawah naungan Persilatan Panji.

Terdapat 13 Persatuan Silat yang menghadiri Majis ini antaranya, Persatuan Seni Silat Sendeng Panji , Persatuan Silat Kalimah Malaysia, Peradin Cimande, Lian Padukan, Abjad, Silat Harimau Berantai, Kota Sendeng dan sebagainya.

Menurut Pengerusi Persilatan Panji, Encik Rohanezuan apabila ditanya oleh Wartawan CJMY. Majlis ini bukan satu pertandingan atau ingin menunjuk kehebatan diantara pesilat tetapi ianya dapat mengeratkan silaturahim antara persatuan silat seluruh negara, ia juga dapat memupuk semangat juang yang tinggi oleh Pesilat.

Beliau berharap dengan adanya program seperti ini dapat menarik minat anak muda untuk menyertai dan dapat mengelakkan remaja terlibat dengan gejala sosial yang semakin membimbangkan pada masa kini.

No comments:

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator