Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

UGUTAN POLIS: Isteri Tahanan ISA buat Laporan Lanjutan


Seorang suri rumahtangga mendakwa bahawa beliau diugut oleh anggota polis di kem tahanan Kamunting, tampil membuat laporan lanjutan di balai polis Ulu Tiram, Johor Bahru, hari ini.
Hal ini ada berhubung dengan laporan yang beliau mendakwa telah di ugut polis dalam laporannya pada 7 Julai lalu.
Beliau ditemani oleh aktivis Lawyer For Liberty, Haijan Omar.
Nur Heni, isteri kepada Razali, seorang tahanan ISA menyatakan bahawa beliau rasa sedih dan tertekan dengan situasi yang dihadapinya, kata beliau apabila ditemubual oleh wartawan CJMY.
“PM Cakap, tahanan ISA dibebaskan, sampai sekarang belum dibebaskan”, kata Nur Heni
Menurut beliau, suaminya yang ditahan dibawah akta ISA tetapi tidak mendapat perlindungan yang sewajarnya sepanjang dalam tempoh tahanan.
Pihak polis yang meminta supaya saya memberikan kerjasama tetapi, tambah Nur Heni,  permintaan itu seakan akan dalam bentuk ugutan.
Razali adalah diantara 45 lagi tahanan yang masih ditahan di kem tahanan Kamunting sehingga hari ini.

http://cj.my/post/72284/ugutan-polis-isteri-tahanan-isa-buat-laporan-polis-lanjutan/

Tanah Wilayah Orang Asli Paya Pelong di ceroboh lagi


Penduduk setempat digemparkan dengan kehadiran beberapa buah jentera berat di kawasan tanah Wilayah Orang Asli Paya Pelong, Rekoh dan Berdut yang sedang membuat kerja-kerja menolak tanah sehingga semalam.
Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Jahut di Kampung Paya Pelong, Paya Rekoh dan Berdut (dahulu dikenali sebagai Lakom) telah di ambil oleh Felda.
Pada mulanya, hanya 2415 ekar tanah yang diceroboh.
Pencerobohan ini telah berlaku semenjak tahun 1970 lagi iaitu sejak pelan yang telah diwartakan untuk Lakom di ambil pegawai JOA, Tuan Badilah sekitar tahun 1960.
Ramlie Saad penduduk Kg Rekoh menunjukan Tanah Dan Wilayah Adat di ceroboh

Menurut Shafie Dris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Adat Kg Paya Pelong, Paya Rekoh dan Kampung Berdut menerusi emailnya berkata pihaknya telah berbincang dengan Tok Empat Felda Jenderak Selatan dan disaksikan oleh Pegawai Polis, ASP Hanif.
Dalam perbincangan itu, Tok Empat dan juga rakannya telah berjanji akan menghentikan kerja-kerja menceroboh tetapi mereka didapati telah memungkiri janji. Shafie Idris berkata demikian kerana,Tok Empat dan juga rakannya telah bertindak meneruskan kerja-kerja pencerobohan sejurus beberapa hari Pengerusi AJK tersebut menyerahkan surat aduan ke pejabat Tanah dan Galian Daerah Temerloh pada 21 Jun 2012, baru-baru ini.
Batin Harun al Sok Batin Paya Pelong menyerahkan surat bantahan kepada wakil Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Temerloh


Di antara isi kandungan surat yang dihantar pejabat Tanah Daerah Temerloh, AJK meminta supaya pihak berkuasa berkenaan membuat penyiasatan ke atas pencerobohan dan menghentikan segala aktiviti yang sedang berjalan di kawasan yang terbabit.
Selain itu, dinyatakan juga beberapa tuntutan oleh mereka.
Sehingga hari ini, anak-anak peneroka masih menunggu dan mengawal kerja-kerja pencerobohan ke atas kawasan Tanah dan Wilayah Adat mereka.

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator