Showing posts with label Terbaik Tempat Lepak. Show all posts
Showing posts with label Terbaik Tempat Lepak. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Monday, February 13, 2012

Saturday, January 2, 2010

Restoran Asam Pedas Ani Sofea

Perut lapar pulak, tengahari ni. Aku teringatkan Asam Pedas Ikan Merah di Ani Sofea. Restoran ni betul-betul berhadapan dengan Hospital Sultan Ismail(HSI), JB

Pergh! Memang Pekat dia punya Asam Pedas Ikan Merah. Kaw Kaw

Saturday, August 29, 2009

Tuesday, June 30, 2009

#10 Pulau Tercantik di dunia

arghh..aku still rasa sengal2 badan. Selama 4 hari 3 malam(26-29 jun 2009) di Pulau Tioman. Tapi tak mengapa sampai saat ini aku masih lagi merasakan aku masih berada di sana. Aku bersama teman-teman yang lain dalam rancangan seramai 15 orang pergi tapi akhirnya 9 orang sahaja yang pergi.

Hari Pertama
Man mula mengugah aku seawal jam 530pagi. aku terus mandi dan bersiap-siap. Kami gerak terus ke kluang untuk ambil anip di rumahnya. Sarapan pagi di area kluang lontong darat baik punya. Kami meneruskan perjalanan mengikut jalan mersing-jemaluang. Aku memang lama tidak lalu ikut jalan ini. disebabkan keinginan untuk melihat suasana hutan-hutan selain daripada udara yang segar. Tiba di Mersing kurang lebih jam 1.00. ambil tiket dan buat pembayaran di reception resort di jetty mersing. Kami makan di kawasan tersebut dan terus menunggu di jetty. aku tengok tiket jam 2.30 tapi tak gerak2 juga. agak angin. sebab beratur yang agak lama.

Perjalanan dari jeti mersing ke tioman kurang lebih 1 jam. aku lepak di resort area kampung genting. Letak barang dan kami berjalan-jalan di sekitar pantai . sambil berjalan di pesisiran pulau. aku terus saja meluru ke laut bersama anip dan diikuti man. Malam tak ada aktiviti cuma makan mee segera sahaja. layan-layan borak dan terus tido.

Hari Kedua
Aku bangun awal pagi2 , diikuti dengan anip sedangkan man masih lagi dilamunan tidurnya. aku rasa dia masih penat perjalanan semalam. Lepak di sekitar2 chalet. Si anip mula hilang pada awal pagi bersama kamera aku. aku tak tau samada dia nak ambil gambar ataupun nak deal ikan dengan nelayan-nelayan di situ tapi inilah hasil photo yang diambil oleh beliau





Pada jam 10.00 pagi aku man dan anip, pergi menyewa alatan untuk snorkling dan snorkling di area idaman. Sambil menunggu Trip ke 2 sampai Man dan anip meneruskan aktiviti berbasikal. Pada malam harinya, aku dan anip deal boat untuk snorkling ke marine park, pulau rengis dan tekek. kami menyewa speed boat dengan harga kurang lebih RM300. Harga Sewa Jacket dan alat snorkling mask and life jacket RM8 setiap satu

Hari Ketiga
Pagi-pagi Semua orang bersemangat dan toolbox briefing dijalankan seawal jam 8. Lawatan pertama ke pekan tekek. kat sini ada free duty dan bagi yang nak draw duit juga kat sini ada BSN.

Di Marine Park, Bayaran sebanyak Rm5/person. Kat sini boleh tengok ikan yang cantik lagi ayu.

Di Pulau Rengis, Banyak karangan laut dan ikan2.

Kami Sampai semula ke Jeti Kg genting Jam 4.30 Petang, aku rileks jap di bilik bersama teman-teman yang bermain gitar dan menyanyikan lagu kegemaran Sambil minum2 minuman yang lazat lagi hebat. Semangat aku pun mula kembali dan terus meluru ke pantai dan mandi lagi dan lagi.

Hari Keempat
Semua Kelihatan Letih, Kami memilih untuk pulang ke Jeti Mersing Pada Jam 2.30 Petang. Pagi itu, aku rasa macam malas sangat nak balik. Sangat Syurga rasanya ketika di Tioman. Aku bersama beberapa teman mandi puas2 pagi itu. Mungkin Selepas ini destinasi berikutnya ialah Pulau Sipadan. Kami sampai semula di Jeti pada jam 5.00petang. Keadaan renyai2 hujan. 7 rakan yang lain menaiki bus ke kluang . Aku dan man menaiki kereta ke JB dalam keadaan yang sedar. Sampai di JB lebih kurang Jam 8.30. Alhamdullilah Selamat Sampai sedangkan fikiran masih di Pulau Tersebut.















Sunday, June 21, 2009

Review Nasi Ayam Second Link PTP



tengahari ni agak lapar, aku terbayangkan nasi ayam di kedai RNR Second link. berhampiran dengan balai polis tg kupang. Pada aku Nasi Ayam yang terbaik setakat ni aku jumpa di Johor bahru. Aku tak tau la apa rencah yang dia bubuh, sampai tiap2 minggu aku layan nasi ayam ni. harga sepinggan ialah RM4.00 sahaja dan anda pasti kenyang. bagi yang suka sup kaki ayam pun boleh order 3 pasang sup kaki ayam cuma tambah RM1.00. Lagi satu tempatnya agak chill dan sesuai untuk lepak2 . bagi yang rajin keluar masuk singapore yang melalui second link ni. boleh la singgah.

Saturday, June 6, 2009

Pakcik Goh Nasi Goreng Terbaik!

Semalam seperti rutin mingguan aku visit ke salah satu site di gelang patah, planning baik hari ni aktiviti belanja makan2 kontraktor, so di area pendas tu ada banyak tempat makan yang aku rasa ok, prefer restoran saujana, tempat ni baik makan atas kelong sungai pulai. Aku heboh 1 office kontraktor tersebut yang aku nak belanja. Dalam pukul 11.30pagi, aku gerak dengan afiq , penyelia di situ bersama dengan budak praktikal tempat aku . kami survey tempat. tapi malang, semalam hari jumaat. jadi ubah plan g makan di sebelah di yoe restoran. kami mintak macam2 kat sini seperti biasa dah makan tepi laut mintak je la seafood. makan sampai lebam.





balik kerja petang, aku dapat call dari seorang kwan namanya lazim. dia ni sama2 skolah aku di salah sebuah sekolah berasrama penuh dulu. oleh kerana mamat ni kat utm, so aku amik dia. dalam jam 9.00mlm. aku, man, lazim, kita orang bergerak menuju ke uncle goh di stulang. pakcik goh ni jual makan seafood juga. aku rasa nasi gorengnya yang terbaik di johor bahru ni. disamping nasi goreng tu , aku order aksesori seperti pari bakar dan sotong. memang asyik. jom jalan2...

tiba masa untuk pulang, aku memandu, tiba2 terasa sakit perut. so belok ke petronas berhampiran. aku pun tercari2 apa puncanya sakit perut ni. sampai pagi ni ada laporan daripada man claim yang dia pun sakit perut. aku pun tak tau mungkin..aku sendiri yang banyak makan. walaubaimanapun aku tetap mengatakan nasi goreng pakcik goh yang terbaik..aku mengundi pakcik goh

Sunday, May 17, 2009

Review Pari and Sotong Bakar






Semalam makan di restoran pearl di bukit indah berhampiran dengan rumah, kerana terlalu gemar makan dan teruja dengan makanan uncle goh stulang, aku pikir lebih baik aku makan saja di sekitar bukit indah..ikan bakar sini baik juga! selain dari itu sotong juga ada. sebab apa baik tau.first sambal dia and cencaluk. tidak lupa juga sate kambing and ayam yang diperam lazat.

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator