Tuesday, June 30, 2009

#10 Pulau Tercantik di dunia

arghh..aku still rasa sengal2 badan. Selama 4 hari 3 malam(26-29 jun 2009) di Pulau Tioman. Tapi tak mengapa sampai saat ini aku masih lagi merasakan aku masih berada di sana. Aku bersama teman-teman yang lain dalam rancangan seramai 15 orang pergi tapi akhirnya 9 orang sahaja yang pergi.

Hari Pertama
Man mula mengugah aku seawal jam 530pagi. aku terus mandi dan bersiap-siap. Kami gerak terus ke kluang untuk ambil anip di rumahnya. Sarapan pagi di area kluang lontong darat baik punya. Kami meneruskan perjalanan mengikut jalan mersing-jemaluang. Aku memang lama tidak lalu ikut jalan ini. disebabkan keinginan untuk melihat suasana hutan-hutan selain daripada udara yang segar. Tiba di Mersing kurang lebih jam 1.00. ambil tiket dan buat pembayaran di reception resort di jetty mersing. Kami makan di kawasan tersebut dan terus menunggu di jetty. aku tengok tiket jam 2.30 tapi tak gerak2 juga. agak angin. sebab beratur yang agak lama.

Perjalanan dari jeti mersing ke tioman kurang lebih 1 jam. aku lepak di resort area kampung genting. Letak barang dan kami berjalan-jalan di sekitar pantai . sambil berjalan di pesisiran pulau. aku terus saja meluru ke laut bersama anip dan diikuti man. Malam tak ada aktiviti cuma makan mee segera sahaja. layan-layan borak dan terus tido.

Hari Kedua
Aku bangun awal pagi2 , diikuti dengan anip sedangkan man masih lagi dilamunan tidurnya. aku rasa dia masih penat perjalanan semalam. Lepak di sekitar2 chalet. Si anip mula hilang pada awal pagi bersama kamera aku. aku tak tau samada dia nak ambil gambar ataupun nak deal ikan dengan nelayan-nelayan di situ tapi inilah hasil photo yang diambil oleh beliau





Pada jam 10.00 pagi aku man dan anip, pergi menyewa alatan untuk snorkling dan snorkling di area idaman. Sambil menunggu Trip ke 2 sampai Man dan anip meneruskan aktiviti berbasikal. Pada malam harinya, aku dan anip deal boat untuk snorkling ke marine park, pulau rengis dan tekek. kami menyewa speed boat dengan harga kurang lebih RM300. Harga Sewa Jacket dan alat snorkling mask and life jacket RM8 setiap satu

Hari Ketiga
Pagi-pagi Semua orang bersemangat dan toolbox briefing dijalankan seawal jam 8. Lawatan pertama ke pekan tekek. kat sini ada free duty dan bagi yang nak draw duit juga kat sini ada BSN.

Di Marine Park, Bayaran sebanyak Rm5/person. Kat sini boleh tengok ikan yang cantik lagi ayu.

Di Pulau Rengis, Banyak karangan laut dan ikan2.

Kami Sampai semula ke Jeti Kg genting Jam 4.30 Petang, aku rileks jap di bilik bersama teman-teman yang bermain gitar dan menyanyikan lagu kegemaran Sambil minum2 minuman yang lazat lagi hebat. Semangat aku pun mula kembali dan terus meluru ke pantai dan mandi lagi dan lagi.

Hari Keempat
Semua Kelihatan Letih, Kami memilih untuk pulang ke Jeti Mersing Pada Jam 2.30 Petang. Pagi itu, aku rasa macam malas sangat nak balik. Sangat Syurga rasanya ketika di Tioman. Aku bersama beberapa teman mandi puas2 pagi itu. Mungkin Selepas ini destinasi berikutnya ialah Pulau Sipadan. Kami sampai semula di Jeti pada jam 5.00petang. Keadaan renyai2 hujan. 7 rakan yang lain menaiki bus ke kluang . Aku dan man menaiki kereta ke JB dalam keadaan yang sedar. Sampai di JB lebih kurang Jam 8.30. Alhamdullilah Selamat Sampai sedangkan fikiran masih di Pulau Tersebut.















2 comments:

irwanimarziella said...

best kan! cant wait sipadan! wey, letak ar vidz pakcik bot tuh.. hahah

M Kugiran Jiwa said...

nntlah.. belum sempat edit lagi...ahaha

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator