Monday, August 31, 2009

Merdeka

Selamat menyambut kemerdekaan ke 52! Pada luarannya ya nampak merdeka, Sehinggakan hari ini ianya menjadi hanya upacara yang wajib disambut setahun sekali. Hari ini sedar atau tidak kita masih lagi tidak merdeka . Kita Masih lagi memerlukan pertolongan luar dan tidak secara total berdirinya sebuah negara. Ramai dikalangan kita tidak sedar akan pekara ini. Kini anak-anak muda cuma menjadi ikut-ikutan sahaja, Jadi setiap-tiap tahun kemuncaknya malam merdeka, pasti penuh sesak di jalan raya untuk menyambutnya di ibu-ibu kota dengan pelbagai generasi terutamanya anak-anak muda. Tidak lupa deruman bunyi ekzos yang bingit memecah situasi malam yang dikatakan bersejarah itu.

Merdeka atau maksud lain kebebasan yang dicanangkan itu hanya sekadar mengenangkan tanah melayu diberi peluang untuk menubuhkan kerajaan sendiri tetapi masih lagi dibawah pengawasan pihak british. Kebebasan untuk bersuara itu juga tidak berlaku. Hari ini apa yang diputuskan oleh kerajaan itulah yang sepatutnya dipatuhi oleh rakyat tanpa sebarang pilihan.

Hari ini yang berkuasa lebih berkuasa. Dan korupsi dalam sistem terus berlaku, yang lemah terus menjadi lemah dan tertindas.

Dahulu, Melaka adalah merupakan sebuah kerajaan islam yang hebat dan kini hanya menjadi sebahagian daripada Malaysia yang menjalankan sistem sekular.

Terima Kasih Malaysia!

No comments:

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator