Sunday, January 31, 2010

Hari ini dan semalam

Hari ini dan semalam, kesibukan manusia lelaki juga wanita. Aku masih duduk terbaring bersandar, memori bermain putar balik. Aku merasakan bumi masih berputar atas paksi. Kejadian siang dan malam. Tidak pernah lewat sesaat pun. Terbit dan terbenam matahari memberikan cahaya menerang sekelian alam. Waktu itu terlalu pantas, aku tiada daya untuk kejar. Hanya mampu memerhatikan keadaan itu berubah. Tanpa sedar aku berada di hari yang berlainan dan dalam keadaan yang sama. Bukankah bagus jika ada mesin waktu, boleh aku meluncur ke bintang-bintang. Duduk rehat di situ sebentar dan bercanda. Selain dari menikmati hari ini dan semalam.

Friday, January 29, 2010

Selipar dan Masjid

Masjid

Bukannya aku nak kata selalu ke Masjid, begitu juga kebanyakkan orang di sekeliling aku. Tapi, Masjid ni adalah tempat ibadat. Di mana di dalamnya berkumpul orang-orang yang benar-benar ingin menunaikan tanggungjawab kepada sang penciptanya Serta sebahagian yang lain pula adalah orang-orang yang terpaksa pergi kerana semua orang pergi ke situ, lebih-lebih lagi pada Hari Jumaat.

*******

Selipar
Hampir-hampir keseluruhan manusia yang berkunjung ke Masjid memakai Selipar, Capal dan barang yang sedikit memakai kasut. Aku agak naik darah bila selipar Crocs aku yang mempunyai button kereta wolkswagon kena rembat. Kalau nak sangat, at least letak la note, trade dengan selipar lain. Taklah, aku kena berkaki ayam nak pergi tempat aku parking. Oh, aku lupa kat dalam tu rupanya ada sebahagian penyamun Juga.

Tuesday, January 26, 2010

Stokin #1


mencuba produk kesihatan baru. Stokin berinfra red dengan harapan peredaran darah semakin lancar dan dapat membantu aku yang dalam kekejangan otot-otot.


*****************************************
Source: http://www.k-link.co.uk/?pid=17

K-ENERGY SOCKS

HC018
anti-bacterial health sock that helps to maintain the health of the feet


K-ENERGY SOCKS are made with pure cotton and equipped with bio ceramic layer, emitting the far infrared radiation and bio-energy. The far infrared radiation and the bio-energy have the ability to spread to sensitive areas of the bottom part of the feet, stimulating the blood circulation in the process. They also prevent the development of the bacteria, and reduce the itching.

FUNCTIONS OF SOCKS:

SUPPORT IN ANTIBACTERIAL ACTION
supporting the fight with Gram-Negative and Gram-Plus bacteria, and fungi.

HELP IN ELIMINATING UNPLEASANT SMELLS
assist in reducing the unpleasant foot odours

HELP TO COMBAT FEET INFECTIONS
prevent the risk of infections such as inter-digital mycosis.

Sunday, January 24, 2010

Pohon Silaturahim

Si petani akan berasa senang hati jika benih yang ditanam akan tumbuh mengakar dan dahannya menjulang ke langit. Apabila ia tidak tumbuh seperti diharapinya sudah tentu akan membuat hati si petani berasa jengkel. Lalu ia akan bersedih hati.

Friday, January 22, 2010

Buah Potong

lepas ni aku ingat nak jual buah potong la kat masjid area Tmn Desa Jaya. Ramai yang beratur beli termasuk aku juga. Siap Brader tu kata,"Sabar-sabar semua dapat". Tak cukup tangan beb dia.

Don't ever change baby....We're in a mess? Or we're in a rubbish bin?

Cool song By PJ Harvey and Thom Yorke

Tuesday, January 19, 2010

Realiti Perokok Tegar

Ketagih benar
sambil duduk di kerusi bakau,
Dari sebatang menjadi puntung, dan aku matikan bara sampai tiada rasa tembakau,
aku cucuh di bekas habuk.

Bila saatnya susut wang di poket,
Menjadikan bingung,

kebingungan, resah dan membuatkan aku,
tercari-cari di celah-celah bekas habuk,
dengan sibuk,
aku ambil dua, tiga puntung,
lalu aku hisap.
ini penagih,
Ini kotor,
dan ini juga sadis..

.

Monday, January 18, 2010

This is great... LOL

Take off your bra at the bar for free drinks

Source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/18/nation/5492011&sec=nation

A NIGHTCLUB in Singapore is offering free drinks to women according to the cup size of their bra, reports China Press.

The OverEasy nightclub came out with the idea to attract customers by organising the event themed “Fill My Cups.”

It is said that those with A cup would get one free drink while those with B cup would get two glasses.

Those who wore C cup would receive three drinks.

Women with D cup would be given a bottle of alcoholic drink worth S$168 (RM408).

The daily said the “special offer” has drawn mixed reactions with some seeing it as a creative marketing gimmick while others felt offended and said they would not support such an event.

Tuesday, January 12, 2010

Detoxification/Colon/ Usus/Penyakit

Sumber: http://www.webmd.com/diet/features/detox-diets-cleansing-body-feature
wikipedia

BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:
- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
- Imsomnia –masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja.

Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar,antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.

Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.

Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Usus Bermasalah Mengundang Penyakit Usus Kita

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Masalah Usus Dan Sembelit Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.

Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin

Friday, January 8, 2010

Suatu titik

"Si Pemuda terus berjalan. tidak kira simpang atau menyimpang. Dia hanya percaya dia akan dapat mendakap awan dan menggapai langit"

Thursday, January 7, 2010

Cakera Keras

tiga tahun punya data aku simpan dalam hardisk, tak besar cuma 80GB sahaja berbanding dengan 'storage' sekarang pendrive pon dan ada yang beratus GB.
Hari dah canggih, dulu pakai floppy disk 5",2.5" Zip drive. Arus pemodenan semakin laju, Walaupun duduk kat Malaysia beberapa tahun sudah ketinggalan. Penat nak kejar, hari-hari ada gadget baru. Beberapa hari ni aku tengok macam nak ke longkang ke cakera keras ni.

So, apa lagi . BACKUP dulu.
lepas tu kau ke longkang ye?

Wednesday, January 6, 2010

Teh O

Breakfast, order Teh o. Aku tak rasa pun nak makan. Jadi bila nak bayar tu.

"Berapa, kira?". Kata Aku
"RM1.50". Kata pekedai

Harga Teh O pun skang dah jadi macam harga sepeket 1kg gula suatu ketika dulu.

Sunday, January 3, 2010

Damai

Kicauan burung ayam berkokok,
sahut sahutan titisan embun terbit fajar subuh..
Bayu pagi..
Jauh dari hingar bingar hutan konkrit Aku rasa damai ...
kerna aku juga diijinkan bernafas menikmati anugerah si Dia.
Aku mahu kan ini.. Damai..
bukan lain hanya ini..Damai..
Alhamdulilah

Saturday, January 2, 2010

Restoran Asam Pedas Ani Sofea

Perut lapar pulak, tengahari ni. Aku teringatkan Asam Pedas Ikan Merah di Ani Sofea. Restoran ni betul-betul berhadapan dengan Hospital Sultan Ismail(HSI), JB

Pergh! Memang Pekat dia punya Asam Pedas Ikan Merah. Kaw Kaw

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator