Sunday, January 31, 2010

Hari ini dan semalam

Hari ini dan semalam, kesibukan manusia lelaki juga wanita. Aku masih duduk terbaring bersandar, memori bermain putar balik. Aku merasakan bumi masih berputar atas paksi. Kejadian siang dan malam. Tidak pernah lewat sesaat pun. Terbit dan terbenam matahari memberikan cahaya menerang sekelian alam. Waktu itu terlalu pantas, aku tiada daya untuk kejar. Hanya mampu memerhatikan keadaan itu berubah. Tanpa sedar aku berada di hari yang berlainan dan dalam keadaan yang sama. Bukankah bagus jika ada mesin waktu, boleh aku meluncur ke bintang-bintang. Duduk rehat di situ sebentar dan bercanda. Selain dari menikmati hari ini dan semalam.

1 comment:

ciK LyndaWawa igUana said...

oleh itu, hargaila masa emas anda..buat sesuatu yang berfaedah...

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator