Tuesday, June 30, 2009

#10 Pulau Tercantik di dunia

arghh..aku still rasa sengal2 badan. Selama 4 hari 3 malam(26-29 jun 2009) di Pulau Tioman. Tapi tak mengapa sampai saat ini aku masih lagi merasakan aku masih berada di sana. Aku bersama teman-teman yang lain dalam rancangan seramai 15 orang pergi tapi akhirnya 9 orang sahaja yang pergi.

Hari Pertama
Man mula mengugah aku seawal jam 530pagi. aku terus mandi dan bersiap-siap. Kami gerak terus ke kluang untuk ambil anip di rumahnya. Sarapan pagi di area kluang lontong darat baik punya. Kami meneruskan perjalanan mengikut jalan mersing-jemaluang. Aku memang lama tidak lalu ikut jalan ini. disebabkan keinginan untuk melihat suasana hutan-hutan selain daripada udara yang segar. Tiba di Mersing kurang lebih jam 1.00. ambil tiket dan buat pembayaran di reception resort di jetty mersing. Kami makan di kawasan tersebut dan terus menunggu di jetty. aku tengok tiket jam 2.30 tapi tak gerak2 juga. agak angin. sebab beratur yang agak lama.

Perjalanan dari jeti mersing ke tioman kurang lebih 1 jam. aku lepak di resort area kampung genting. Letak barang dan kami berjalan-jalan di sekitar pantai . sambil berjalan di pesisiran pulau. aku terus saja meluru ke laut bersama anip dan diikuti man. Malam tak ada aktiviti cuma makan mee segera sahaja. layan-layan borak dan terus tido.

Hari Kedua
Aku bangun awal pagi2 , diikuti dengan anip sedangkan man masih lagi dilamunan tidurnya. aku rasa dia masih penat perjalanan semalam. Lepak di sekitar2 chalet. Si anip mula hilang pada awal pagi bersama kamera aku. aku tak tau samada dia nak ambil gambar ataupun nak deal ikan dengan nelayan-nelayan di situ tapi inilah hasil photo yang diambil oleh beliau





Pada jam 10.00 pagi aku man dan anip, pergi menyewa alatan untuk snorkling dan snorkling di area idaman. Sambil menunggu Trip ke 2 sampai Man dan anip meneruskan aktiviti berbasikal. Pada malam harinya, aku dan anip deal boat untuk snorkling ke marine park, pulau rengis dan tekek. kami menyewa speed boat dengan harga kurang lebih RM300. Harga Sewa Jacket dan alat snorkling mask and life jacket RM8 setiap satu

Hari Ketiga
Pagi-pagi Semua orang bersemangat dan toolbox briefing dijalankan seawal jam 8. Lawatan pertama ke pekan tekek. kat sini ada free duty dan bagi yang nak draw duit juga kat sini ada BSN.

Di Marine Park, Bayaran sebanyak Rm5/person. Kat sini boleh tengok ikan yang cantik lagi ayu.

Di Pulau Rengis, Banyak karangan laut dan ikan2.

Kami Sampai semula ke Jeti Kg genting Jam 4.30 Petang, aku rileks jap di bilik bersama teman-teman yang bermain gitar dan menyanyikan lagu kegemaran Sambil minum2 minuman yang lazat lagi hebat. Semangat aku pun mula kembali dan terus meluru ke pantai dan mandi lagi dan lagi.

Hari Keempat
Semua Kelihatan Letih, Kami memilih untuk pulang ke Jeti Mersing Pada Jam 2.30 Petang. Pagi itu, aku rasa macam malas sangat nak balik. Sangat Syurga rasanya ketika di Tioman. Aku bersama beberapa teman mandi puas2 pagi itu. Mungkin Selepas ini destinasi berikutnya ialah Pulau Sipadan. Kami sampai semula di Jeti pada jam 5.00petang. Keadaan renyai2 hujan. 7 rakan yang lain menaiki bus ke kluang . Aku dan man menaiki kereta ke JB dalam keadaan yang sedar. Sampai di JB lebih kurang Jam 8.30. Alhamdullilah Selamat Sampai sedangkan fikiran masih di Pulau Tersebut.















Thursday, June 25, 2009

Mana Lorong Motosikal yang betul???

aku selalu menggunakan Highway Secondlink bila aku mau kerja kat site di sekitar gelang patah. Kebiasaannya, aku balik jam 5.30ptg dari arah PTP ke JB. Kelihatan banyak kenderaan yang berpusu-pusu untuk pulang ke JB dan kebanyakkannya ialah orang JB yang bekerja di singapore. itu takda hal, semua membawa kenderaan yang gila babi laju. aku anggarkan dengan purata kelajuan 110km/j, agak laju tu. Termasuklah penunggang motosikal. boleh tahan juga laju-laju, yang aku tak boleh tahan ialah, aku pun tak pasti mana lorong yang betul bagi motosikal ni, jadi mereka ni suka-suka hati nak lorong mana nak pakai. Bukankah ini membahayakan diri penunggang tersebut dan pemandu2 lain?


Deskripsi Gambar: Penunggang Motosikal
Lokasi : SecondLink Higway, Johor Bahru

Sunday, June 21, 2009

Selamat buat Abah

Ya Abah..
Dunia ini ..
Terang ku lihat.....
kasih sayang...
ilmu..
Segala noda..
hipokrasi....
politik kotor...
sistem yang gagal...

Darah yang mengalir...
ke seluruh tubuhku...
sama seperti Abah..

ku tau perih jerihnya kau..
ku tau kau lelah..
ku tau kau pernah bertekuk lutut memanjatkan syukur..

Adanya aku kini..
akan ku pegang erat janjiku ..

Moga-moga diRedhai..
Selamat buat Abah...
Selamat Hari Bapa...

Part 7: The Sea

I jump into the sea to find something for her.

"i brought this nice coral for you". I said.

"You just keep it, young men. I want Pearl!. She said.

Review Nasi Ayam Second Link PTP



tengahari ni agak lapar, aku terbayangkan nasi ayam di kedai RNR Second link. berhampiran dengan balai polis tg kupang. Pada aku Nasi Ayam yang terbaik setakat ni aku jumpa di Johor bahru. Aku tak tau la apa rencah yang dia bubuh, sampai tiap2 minggu aku layan nasi ayam ni. harga sepinggan ialah RM4.00 sahaja dan anda pasti kenyang. bagi yang suka sup kaki ayam pun boleh order 3 pasang sup kaki ayam cuma tambah RM1.00. Lagi satu tempatnya agak chill dan sesuai untuk lepak2 . bagi yang rajin keluar masuk singapore yang melalui second link ni. boleh la singgah.

Saturday, June 20, 2009

Part 6: the journey begins

From that wharf, she walked carefully into my boat, stared with a little smile from her face, "just calm down, ull be safe here, this boat will carry us together to the full of happiness, i'll gurantee. I said

Thursday, June 18, 2009

Level 6 kotaraya

aku duduk bersama 3 orang lagi di atas bumbung lepak dengan kontraktor dengan keadaan yang panas terik.

"kat dalam tu diorang rokok biasa ni dah tak hisap dah, balut pakai surat kabar je". Kata indvidu 1.

"Pernah suatu masa diorang curi rokok satu kotak rokok malboro yang penuh dan diganti dengan kapur tulis". Kata individu 2.

"Bila penyelia tanya, apa rokok paling sedap, semua jawab malboro". Kata individu 3

aku terdiam dan berfikir mamat-mamat ni dari pusat serenti ke. aku pun senyum dan terus meneruskan kerja.

Wednesday, June 17, 2009

Kabarnya.. tahun baru ya???

tahun lepas, sudah berlalu kini tiba tahun baru….makanya jiwa-jiwa yang sedikit monster perlulah lebih arrogant dan terus terdepan..sejarah, puisi2, lagu…hanya menjadi gubahan hidup yang indah yang mewarnai kehidupan…jalan ini masih panjang…ya insyallah… dengan berkat doa muslimin dan muslimat sekalian yang terus mengharapi rahmat sang pencipta… jauh di Atas Sana….yang hanya perhati tingkah laku nya kita manusia biasa….termasuk aku juga…samada beres atau nggak tugasan yang diberi…tapi menurut perhatianku…sejak berabad tahun lamanya… kita masih…menjadi ortodoks atau masih terkapai2 dengan dunia yang penuh titik-titik noda dan permasalah dunia…dari adam hawa…..terus ke qabil dan habil….sejak itu ideologi hasad dengki dan peperangan mula tercipta…bunuh membunuh2…penindasan manusia terus menerus hingga kini?? liat aja si, bagemana kasiannya mereka di semenanjung gaza kini….kenapa ya nggak selesai smpai kini?? pihak mana yang benar2 di jalan yang lurus???sedang di warta kan di alfatihah itu sendiri?? Zaman terus berlalu…..apa yang berlaku di zaman dahulu kembali terulang2 seakan lancarnya putaran bulan mengelilingi bumi….lumayan kan….liat aja bulan..sih.. boleh taat…dengan perintah sang pencipta… melakukan tugas hariannya…siang malam…mengikut peraturan….apa ada sang pemikir?? atau ikut ikutan aja??? liat betapa besarnya pengertian ini…jika anda yg benar2 bijak dan bajik….daya upaya kehidupan manusia ya memang punya bedanya.. antara kaum…bangsa…tetapi pada dasarnya sih… sama semuanya… cumaan… yang punya uang yang banyak jadi punya kuasanya….semua bisa di beliin..yang si miskin pula, menjadi terlemah… si kurus…lagi terus…menderita… agaknya kapannya biasa jadik aman?? ya .. yang berpacaran, yang punya isteri , suami… liat juga…mungkin pasti terhadap dengan pemasalahan…nggak aman sikit aja….Protes…Sepatutnya besabar kan… tetapi protes….ya bagi bapak2 ibu2 sekalian di dalam text maryam:96 org yang beriman dan beramal saleh, pasti allah tanamkan dalam hati mereka kasih sayang. jadi konklusinya, kasih sayang itu sudah ada pada setiap diri…dan ianya sangat penting untuk mengujudkan dunia yang aman… individual2 yang intelek, terbuka dan juga tidak hanya berfikiran cetek dan jumud. Sekian.

yyorke
130109

Part 5: Yes?

From the cute of her face, while the wind blows her hair then she said," Oh! please take me away from this horrible place, promise me, i'll be safe with you. Then i answered. Oh Yes, its my pleasure.

Tuesday, June 16, 2009

Part 4: She's on my boat

She refused to take my offers, cried and asked,"have you think this is the right decision u made?''Oh! Yes, just hold my words oh so called love, trust me and don't ever look back, because there just only bad memories and will burden you, Just calm down, here in my boat, ill lock you inside my pocket".

Monday, June 15, 2009

Part 3: The boat

"into the boat ! into the boat!", i said."illl take you far away from that town of full of sadness and sorrow... Oh! Please grab my hand love..Hold it tight!!""

Part 2: feelings

sweet words are flowing out from this sea of mind through the muddy banks of yours. Feel so sweet if we could swings into one tied of love and both of us grows the feelings to be together

Sunday, June 14, 2009

Part 1: First Meeting

Should know each of us as to know deep, inside me and you...till i feel like im fly high...hugs the star and walking deeply to your heart...

Mukadimmah

Every seconds gave me a new meaning of you and a new insight into your sweet spirit, until u became a book whose pages i could understand and whose praises i could sing...which i could never finish reading..

Sedih Kronikal

Sepi saja suram..
tenang juga tidak tenang..
dibuai bayu.. ku kejar senyuman..
yang di bawah jauh terbang oleh angin..

tak daya untuk ku kejar..
kerna masih ... terbias.
dan terbabas aku kerna tidak lekang...
melupakan.. kisah yang terlukis..

rasa perih ..segenggam hati..
ku simpan rindu yang menggebu..
telah ku relakan separuh hayatku..
terbuai buai dengan seloka seorang yang..

ku anggap dewi
ku anggap kasih..
ku anggap rindu...
ku anggap cinta...

ternyata.. semuanya percuma....aku penat..

-50303-

Wednesday, June 10, 2009

Look back! on the train

malam tu sangat sesak, aku naik tren dari terminal putra. ramai orang di dalam tren. bercampur baur..baunnya.aku mengatakan kepada dew sebelum itu, supaya tidak keluar pada malam tersebut. sedang aku duduk menonton televisi bersama aie ketika itu . telefon aku berdering. aku lihat nama dew keluar. aku angkat."you, i dah sampai dataran ni, i sorang, i tunggu u kat sini?" kata dew. aku bergegas terus mendapatkan tren. Suasana riuh di dataran pada masa tu keadaan sangat sesak dan dipenuhi orang. himpit menghimpit. Aku lihat dew. lantas aku dekapnya dengan sekuat mengelakan dia dari himpitan penjalan-penjalan kaki di situ. Setelah 5 tahun yang lalu, Hari ni aku terima panggilan dari dew dan dia mengingatkan aku tentang scene tersebut ,"i dah say thanks belum malam tu?". katanya. aku jawab,"belum". "Thanks ya, i lupa nak kiss u malam tu". aku terdiam.

Saturday, June 6, 2009

Pakcik Goh Nasi Goreng Terbaik!

Semalam seperti rutin mingguan aku visit ke salah satu site di gelang patah, planning baik hari ni aktiviti belanja makan2 kontraktor, so di area pendas tu ada banyak tempat makan yang aku rasa ok, prefer restoran saujana, tempat ni baik makan atas kelong sungai pulai. Aku heboh 1 office kontraktor tersebut yang aku nak belanja. Dalam pukul 11.30pagi, aku gerak dengan afiq , penyelia di situ bersama dengan budak praktikal tempat aku . kami survey tempat. tapi malang, semalam hari jumaat. jadi ubah plan g makan di sebelah di yoe restoran. kami mintak macam2 kat sini seperti biasa dah makan tepi laut mintak je la seafood. makan sampai lebam.





balik kerja petang, aku dapat call dari seorang kwan namanya lazim. dia ni sama2 skolah aku di salah sebuah sekolah berasrama penuh dulu. oleh kerana mamat ni kat utm, so aku amik dia. dalam jam 9.00mlm. aku, man, lazim, kita orang bergerak menuju ke uncle goh di stulang. pakcik goh ni jual makan seafood juga. aku rasa nasi gorengnya yang terbaik di johor bahru ni. disamping nasi goreng tu , aku order aksesori seperti pari bakar dan sotong. memang asyik. jom jalan2...

tiba masa untuk pulang, aku memandu, tiba2 terasa sakit perut. so belok ke petronas berhampiran. aku pun tercari2 apa puncanya sakit perut ni. sampai pagi ni ada laporan daripada man claim yang dia pun sakit perut. aku pun tak tau mungkin..aku sendiri yang banyak makan. walaubaimanapun aku tetap mengatakan nasi goreng pakcik goh yang terbaik..aku mengundi pakcik goh

Tuesday, June 2, 2009

The pond near the garden

look at you...
picture of yourself..
like a garden of roses...
its fragrance fresh..
invigorates my soul...

Monday, June 1, 2009

Night Call

0305hrs, the phone ringing2...

me: heloo..yeah..
caller: not sleep yet?
me: no, Y?
caller: i just want to say....just woke up from a nightmare
me: what was that? , tell me..
caller: i dreamt of u just now
me: so u dreamt of me and describe it as a nightmare?and u call me at this time to say that?? fuck u!!(hang the phone)

Gank!

Kugiran Jiwa Headline Animator